Thursday, September 16, 2010

Adat Perkahwinan Kaum Bidayuh - disediakan oleh Khoo Bao Ru

Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti.

Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota Biik atau Ramin itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu.

Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan sumpah. Namun larangan tersebut dimansuhkan kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara datuk nenek mereka dengan keturunan bekas musuh mereka. Dalam kalangan kumpulan Dayak ukar-Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar. Lelaki dan perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka berkahwin.

Merisik

Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku apabila seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasangan hidup. Masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka kecuali perkahwinan yang terlarang. Dalam kumpulan Bukar-Sadong dan kumpulan Selako, mereka dibenarkan untuk memilih pasangan yang disukainya tanpa mengira asal kaum.

Meminang

Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan. Dalam kumpulan seperti Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan. Pertunangan ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak. Andai kata pasangan itu merasakan mereka secocok, perkahwinan boleh dilangsungkan kemudian.

Bertunang

Peristiwa perkahwinan berhubung rapat dengan menuai padi. Lebih baik hasil yang diperoleh, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan. Ini adalah kerana majlis pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis kenduri yang besar dan mewah terutama bagi anak sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya mereka gagal mengadakan kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh pengantin lelaki. Kerana itulah apabila hasil padi berkurangan, pertunangan atau perkahwinan juga akan berkurangan.

Usia minimum untuk bertunang bagi anak perempuan adalah pada masa lampau ialah 16 tahun manakala bagi anak lelaki ialah 18 tahun. Selepas memilih bakal tunang dan isterinya, lelaki itu akan melantik seorang perantaraan perempuan. Perantara perempuan tersebut akan menghantar tepak sirih atau kapur tunang atau sebentuk cincin kepada perempuan berkenaan di samping untuk mendapatkan pandangan pihak keluarga perempuan mengenai perkahwinan tersebut.

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan yang diadakan sangat bergantung pada kemampuan ekonomi keluarga pengantin. Dalam masyarakat Bidayuh, pilihan tempat tinggal selepas berkahwin bergantung pada banyak faktor. Faktor utama ialah kedudukan ekonomi pasangan yang berkahwin. Pihak suami yang berada dan berkedudukan boleh mempengaruhi pihak isteri untuk tinggal bersama-sama keluarganya (amalan virilokal) dan begitulah sebaliknya (uksorivokal). Dalam keadaan perkahwinan suami isteri yang sudah stabil, mereka boleh duduk di rumah sendiri (amalan neolokal).

Kumpulan Dayak Selako melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Perkahwinan boleh berlaku secara 'terpaksa' melalui amalan yang dikenali sebagai 'batangkap'. Ini merupakan amalan apabila pasangan lelaki dan perempuan yang kerap dilihat berdua-duaan boleh dihadapkan kepada para pemimpin kampung supaya tindakan dapat diambil. Mereka yang ditangkap bersetuju untuk berkahwin setelah dibicarakan oleh pemimpin serta penduduk kampung supaya hubungan mereka sebagai suami isteri boleh disahkan dengan mengadakan sedikit upacara setelah denda atas kesalahan mereka telah dijelaskan. Amalan batangkap dilakukan atas pasangan yang menghadapi tentangan daripada ibu bapa.

Satu lagi cara melangsungkan perkahwinan adalah melalui amalan 'nyagam', apabila bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke kediaman bakal isteri setelah mendapat persetujuan daripada pihak perempuan. Biasanya lelaki yang memilih untuk berkahwin cara demikian ialah seorang duda atau balu.

Perkahwinan yang sempurna mengikut pandangan suku Selako, Jagoi dan Lara ialah perkahwinan yang melibatkan pengetahuan, peranan dan perancangan oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak. Perkahwinan juga mungkin melibatkan peranan orang perantaraan atau dikenal sebagai picara dalam kalangan masyarakat Selako untuk mewakili pihak lelaki. Setelah semua pihak bersetuju, hari dan masa yang sesuai akan ditetapkan.

9 comments:

  1. did you have any photos? would help me alot in my assignments :) thanks..

    ReplyDelete
  2. Gong is actually bidayuh traditional instrument. there are 9 complete sets of gong. The kayan traditional would be sape. but ofcourse, there's a difference between the iban sape and the orang ulu sape. http://www.cdc.net.my/paular/music.html

    ReplyDelete
  3. Love this...Even though im a Med student but love reading this as i like sarawakian culture ...Thanks...

    ReplyDelete
  4. do you have any information about pantang larang membina rumah for kaum bidayuh?

    ReplyDelete
  5. Your information is useful to my project. But, if you can, kindly aid me to find some information of the 'adat resam kaum kelabit'. Thanks alot.

    ReplyDelete
  6. ada sesetngh kaum bidayuh mempunyai adat merisik. :)

    ReplyDelete
  7. ada sesetngh kaum bidayuh mempunyai adat merisik. :)

    ReplyDelete
  8. This blog really help me in my assignment. Thanks!

    ReplyDelete
  9. This blog really help me in my assignment. Thanks!

    ReplyDelete