Tuesday, September 21, 2010

Alat Muzik Tradisional Dan Lagu - Patricia Lahong Emang

1.ALAT MUZIK TRADISIONAL

Alat muzik tradisional Sarawak yang paling sinonim dengan masyarakat di Sarawak ialah sape’.Ia berbentuk seperti gambus panjang bertali empat.Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat daripada kayu jakuvang.Dipermukaan sape’ ini kebiasaannya,diukir dengan ukiran yang bermotifkan orang Iban,Kayan,Kenyah (bagi masyarakat Kayan,ukiran ini disebut ikeng) serta diwarnakan dengan warna merah atau hitam.















Alat ini popular dalam kalangan kaum Kayan,Kenyah,Kelabit di Sarawak.Ia akan dimainkan sebagai muzik untuk mengiringi penari-penari atau semasa perayaan besar.Pada zaman dahulu,kaum teruna bermain sape’ untuk memikat gadis.



Sekiranya kita ingin menggunakan sape’, caranya adalah dengan meriba sape’ seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada pelbagai peringkat mengikut alunan iramanya.















Selain itu,gong juga merupakan salah satu alat muzik tradisional masyarakat di Sarawak.Gong ini diperbuat daripada tembaga.Antara keunikan gong bagi suku kaum Kayan ialah,ia bukan sahaja merupakan alat muzik namun juga sebagai hantaran perkahwinan daripada pengantin lelaki kepada bapa pengantin perempuan.Bagi masyarakat Kayan,pemberian gong tersebut merupakan satu simbolik bahawa pengantin lelaki sanggup memikul tanggungjawab untuk menjaga pasangannya dengan baik.Pengantin juga akan duduk di atas gong semasa majlis perkahwinan.



Salah satu alat muzik tradisional yang turut diperbuat daripada tembaga ialah, tawek.Ia didapati dalam saiz yang kecil berbanding gong.Untuk menghasilkan bunyi daripadanya adalah dengan memukul permukaannya seperti gong.Antara alat muzik yang agak mahal pula ialah agong.Ia turut diperbuat daripada tembaga dan bentuknya seperti gong.



Seruling juga merupakan salah satu alat muzik tradisional di Sarawak.Bagi masyarakat Kayan,ia disebut selingut.Ia diperbuat daripada buluh.Satong juga diperbuat daripada buluh.Tong pula alat muzik yang dimainkan dengan meniupnya.Ia diperbuat daripada sejenis rebung yang dinamakan uvun talang.





















2.LAGU



Bagi etnik Kayan,Kenyah di Sarawak,salah satu lagu tradisional kaum ini ialah Nekna’.Biasanya,ia dinyanyikan dalam kumpulan.Salah seorang akan menjadi penyanyi utama dan yang lain akan menyahut dengan sahutan yang sama.Nekna’ akan dibuat dalam majlis-majlis sebagai perasmian atau persembahan.Lirik lagu ini biasanya dinyanyikan secara spontan untuk menceritakan mengenai perasaannya ataupun penyanyi itu ingin menyampaikan cerita.



Selain itu,Nirau pula merupakan salah satu lagu yang dizahirkan oleh si penyanyi kepada orang yang sudah meninggal.Sama seperti Nekna’,lagu ini dinyanyikan secara spontan dengan lirik yang bebas dan terpulang kepada orang yang menyanyi.Namun, perbezaannya adalah,Nirau tidak memerlukan orang lain untuk menyahut lagunya.Ia dinyanyikan secara sendirian.



Selari dengan kemajuan dunia hiburan masa kini,etnik-etnik di Sarawak seperti Iban,Kayan,Kenyah,Bidayuh dan sebagainya turut menghangatkan lagi dunia hiburan tanah air dengan memuatkan lagu-lagu dalam bahasa ibunda.Antara penyanyinya ialah,Urai Lah.Lagu yang paling popularnya ialah” Telang Usan.”.Lagu ini mengisahkan rasa cintanya kepada tempat asalnya.Telang Usan itu sendiri memberi maksud nama sungai yang paling besar di Ulu Baram.Lagu itu merupakan salah sebuah lagu kaum Kayan.Maxwell pula merupakan penyanyi Iban.Antara lagunya ialah “Cap Ape”.Lagu ini merupakan lagu nasihat kepada kaum lelaki khasnya supaya menjauhi arak dam wanita pisau cukur.






1 comment: