Monday, September 20, 2010

Makanan Sarawak - disediakan oleh Lim Ro Han

1.Kek Lapis
Kek lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu. Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut.
Contohnya: kek lapis jenis 'roll' dengan pattern biasa, saiz 8" x 8" x 4", 3.5kg berharga RM198.00 setiap satu. (Harga berdasarkan salah seorang penjual kek lapis)
Berikut adalah beberapa jenis dan nama kek lapis
(i) Jenis Roll


Kipas


Batik jawa


Kristal

Bintik-bintik

(ii) Jenis biasa


Aiskrim Anika


Tulip

Pua Kumba


Ketupat

2. Laksa Sarawak
Laksa sarawak 100% berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang digunakan dan kuahnya.Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari,tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.
Gambar-gmbar dibawah adalah contoh laksa sarawak




3.Mee Kolok
Mee Kolok pada asalnya bukanlah makanan asal bumiputra Sarawak.Mee kolok adalah makanan yg dibawa oleh masyarakat cina sarawak yg datang berhijrah ke sarawak.Oleh sebab itu mee kolok banyak dihidangkan di semua kedai makanan cina di Sarawak.Mee kolok antara mee yg popular di Sarawak, dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu, walau bagaimanapun tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan mee kolok dan terdapat sedikit pengubahsuaian rasa hidangan .
Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada mee kolok.
(i) Mee kolok (Melayu)
(ii)Kampua (Cina)
(iii)Mi Rangkai/ Mi kering (Iban)
Gambah dibawah adalah gambar mee kolok yang dihidangkan di kedai makanan cina.




4. Mee Kuching dan Kueh Tiaw Tomato
Kedua-dua mee ini popular di kalangan masyarakat sarawak tetapi tidaklah sepopular Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Kedua-dua jenis mee ini senang didapati di kedai makanan cina, dan restoran ataupun food court (halal) di shopping complex.
Bagi Mee Kuching, mee ini banyak terdapat di Kuching dan juga dikenali sebagai Mee Dawai. Ini adalah disebabkan mee ini keras dan ranggup semasa dihidangkan.

Mee Kuching atau Mee Dawai




5. Manok Pansoh
Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di semenanjung.
'Manok' bermaksudd ayam dan 'Pansoh' bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai 'Manuk Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging babi dan ikan disediakan mengikut cara yang sama.


Manok Pansoh yang telah dikeluarkan dari buluh



6. Tebaloi
Tebaloi merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu. Makanan ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Tebaloi diproses secara tradisional

Tebaloi dipotong menjadi kepingan

Tebaloi yang diproses secara kilang untuk dieksport

7. Umai
Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Umai juga dikenali sebagai 'Sushi Sarawak' kerana disediakan daripada ikan mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dan diperap bersama limau dan bawang merah. Terdapat juga dicampur dengan hirisan cili mentah dan beberapa bahan sampingan lain. Umai yang paling biasa dijumpa adalah Umai Ikan. Umai lebih sedap jika dihidangkan terus setelah disediakan atau dihidangkan sejuk setelah disimpan dalam peti sejuk.

Umai udang yang disediakan di restoran

Umai ikan

3 comments:

  1. nak tanya ada tak makanan tradisional Sarawak yang namanya tubi??kalau ada, boleh tunjukkkan gambar nya sebagai bahan rujukan.

    ReplyDelete
  2. Jie Jye, kalau x silap saya, tubi tu maksudnya nasi dlm bhsa bidayuh Bau...

    ReplyDelete