Tuesday, September 21, 2010

Pakaian suku kaum sarawak - Sivasankari a/p Letchimanan

Pengenalan

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahirantangan yang menghasilkannya.Ragam hias pakaian membentuk motif-motif etnik sam ada dari tenunan, jahitan manic dan labuci.Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.


Pakaian suku kaum iban



Pakaian kaum wanita



Bidang



Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang.Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut.Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kain yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan.Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya.Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni.Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometric dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan.Malah ada di antara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.



Kalambi



Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada du ajenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja.Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua.Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga kelutut.Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah.Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah danada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan caraikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung.Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik.Hujung kalambi hasi ltenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.



Bedong



Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit.Kain selempang ini dikenali sebagai bedong,iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hamper sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.



Pakaian kaum lelaki





KainSirat



Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban.Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah.Kadang-kadang manic dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu.Sirat dipakai dengan caramelilitnya dipinggang dan celah kang kang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias.



Dandong



Ia merupakan kainselendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong.Panjang Dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.



PuaKumbu



Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka.Pua Kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti berubat, gawai dan seumpamanya.Dalam upacara perkahwinan pula, ibubapa pengantin perempuan menghadiahkan kain ini kepada keluarga pengantin lelaki sebagai 'maskahwin'. Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk mendapat restu daripada saudara tua.Pua juga digunakan untuk menghias pelamin, dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai pakaian.























Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manikmanik.Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan mare kempang.Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng,gelang kelunchong dan sugu tinggi.



Pakaian tradisional masyarakat Bidayuh



Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh.Kaum Lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.
Pakaian suku kaum murut



Pakaian suku wanita



Pinongkolo



Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi’ linantian.



Pipirot



Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod.



Salupai



Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.



Sinikot



Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.



Rarangkol



Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya.



Holong



Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.



Pakaian suku kaum kayan



Pakaian wanita



Pakaian wanita kaum kayan dikenali sebagai Ta’ah.Ianya dihiasi dengan manik-manik yang berwarna warni.Kainnya boleh didapati dalam pelbagai warna seperti warna merah, hitam, ungu dan hijau.Ta’ah dihiasi dengan ukuran tradisional yang disebut ‘ikeng’.Ta’ah dipakai dengan tali pinggang yang disebut ‘jet’.Jet ini diperbuat daripada manik yang besar ataupun daripada perak.Jet terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk iaitu terpulang kepada kreativiti individu terbabit.’Bilang’ pula dipakai secara bersilang di atas bahu kiri dan kanan.’Bilang juga boleh dipakai hanya disebelah satu bahu sahaja.’Bilang’ boleh didapati dalam bentuk kain atau manik.



Pakaian lelaki



Pakaian lelaki kaum kayan disebut ‘bah’.’Bah’ ini diuat daripada kulit binatang seperti harimau,atau beruang.Lelaki akan memakai topi atau ‘lavung’.Lavung ini dihiasi dengan bulu burung kenyalang ataupun bulu ayan.Mereka juga akan memakai seluar pendek warna hitam.



2 comments:

  1. Banyak maklumat yg tidak tepat atau salah,bercanggah sama sekali. Salah satu contoh jenis pakaian,SIRAT- ianya bukan cawat harus faham. Jangan samakan sirat dengan cawat,jauh beza dan ukuran cara penggunaan pon salah. Tolong jangan ambil mudah hasil kerja kajian

    ReplyDelete
  2. Banyak maklumat yg tidak tepat atau salah,bercanggah sama sekali. Salah satu contoh jenis pakaian,SIRAT- ianya bukan cawat harus faham. Jangan samakan sirat dengan cawat,jauh beza dan ukuran cara penggunaan pon salah. Tolong jangan ambil mudah hasil kerja kajian

    ReplyDelete