Thursday, August 26, 2010

CERITA MITOS SARAWAK- disediakan oleh Cheong Joo Ann

CERITA BATU
Cerita ini diceritakan untuk diambil sebagai satu pengajaran kepada masyarakat.Ia mengisahkan kehidupan satu komuniti yang menetap di dalam sebuah kampung.Menurut kepercayaan orang dahulu,apabila ingin mendirikan rumah bagi memastikan tiangnya kukuh,seorang kanak-kanak yatim iaitu kematian bapanya perlu dikorbankan dengan menanam hdup-hidup mereka di dalam lubang tiang rumah itu.Kisah ini bermula apabila penduduk kampung di situ ingin membangunkan sebuah rumah panjang yang baru.Setelah mencapai kata sepakat,mereka bercadang mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki yang kematian ayahnya dan pada masa tersebut sedang merayau sendirian.Ibunya pula sedang bekerja di sawah.Mereka pun mengorbankan kanak-kanak tersebut tanpa pengetahuan ibu kanak-kanak tersebut.
Setelah ibunya pulang,dia sangat sedih apabila mengetahui anaknya telah dikorbankan.Si ibu berjanji ingin menuntut bela terhadap kematian anaknya.Pada malam itu,penduduk kampung mengadakan keramaian sempena pembinaan rumah baru itu.Semasa semua penduduk kampung sedang bersuka-ria,si ibu pun membuat persembahan dengan memainkan muzik dan meletakkan seekor katak yang diberi pakaian seperti lampin.Katak itu melompat mengikut alunan muzik.Penduduk kampung ketawa terbahak-bahak melihat katak tersebut.

Sesudah itu,si ibu pun lari dari kampung tersebut meninggalkan penduduk kampung yang sedang bersuka-ria.Selepas itu,turunlah hujan yang lebat disusuli dengan ribut petir yang dahsyat.Akhirnya,semua penduduk kampung bertukar menjadi batu.


DUYU DAWA BUI (DUYU DAN BUI)
Mengisahkan sepasang suami isteri yang isteri bernama Duyu(panggilan untuk ibu yang telah kehilangan anak sulung) dengan suami Bui(panggilan untuk bapa yang telah kehilangan anak sulung).

Kisahnya sama seperti cerita jenaka 'Pak Pandir'.Bui merupakan seorang lelaki yang menyayangi isterinya.Kehidupan suami isteri itu sangat sederhana.Mereka sama seperti orang kampung lain yang bertani,mencari hasil hutan dan menangkap ikan di sungai.
Watak Bui ini digambarkan sebagai seorang yang kurang bijak atau bodoh,naif,namun seorang yang rajin.Antara kisah kebodohan watak Bui yang paling ketara ialah apabila dia diminta oleh isterinya untuk memandikan anak mereka yang masih kecil.Bui telah memandikan anaknya dengan menggunakan air yang sangat panas.Dia menyangkakan anaknya gembira bermain air walhal anaknya menjerit kesakitan.


LUNG BEN AYA' DALO' PAHARIN (CERITA BENAYA' ADIK BERADIK)
Mengisahkan lima orangadik beradik.Daripada yang sulung hinggalah yang bongsu bernama Ben Ayak,Ben Ujok,Ben Nua,Ben Nura dan Ben Iking (nama diambil sempena nama jari iaitu ibu jari,jari telunjuk,jari hantu,jari manis dan jari kelingking).Mereka merupakan anak yatim piatu.Kisah ini mengambarkan kebijaksanaan dan keberanian adik bongsu berbanding abang-abang sulungnya.Antara kisah kebijaksanaannya ialah,apabila si bongsu,Ben Iking memperdayakan gergasi yang jahat dan memperdayakan abang-abangnya untuk mendapatkan isteri yang cantik.


Mitos Perayaan Gawai

Sejak dari dulu,kaum Iban sangat menghargai padi.Perayaan Gawai dikatakan bermula daripada beberapa cerita yang berkaitan dengan makanan ruji masyarakat.
Mengikut mitos,cerita perayaan bermula dari zaman dahulu. Ketika itu,manusia di bumi dikatakan menghadapi masalah kehabisan sumber makanan.Cerita dimulakan dengan sepasang suami dan isteri dimana si isteri mendapat petunjuk melalui mimpi bahawa dewa Iban bernama Keling meminta bayi mereka dijadikan korban menyelesaikan masalah kekurangan makanan.
Akibat terdesak dengan masalah kekurangan sumber makanan untuk hidup,pasangan suami isteri itu akhirnya terpaksa menurut perintah dewa lalu menabur isi bayi mereka ke tanah.Selepas itu,masalah kekurangan sumber makanan dapat diselesaikan dan bermula kemunculan perayaan Gawai.



NabauMenurut seorang warga emas dari daerah Song,Kapit memberitahu ,mengikut kepercayaan masyarakat Iban,Nabau merupakan anakonda misteri anaconda misteri.Nabau ialah seekor ular dan Nabau turut mengisi cerita banjir besar di Sarawak pada 12 Januari lalu.
Merujuk cerita orang tua-tua,Nabau hadir secara misteri.Apabila Nabau muncul,ia seolah-olah membawa petanda sessuatu kejadian besar akan berlaku.Masyarakat Iban terdahulu percaya Nabau muncul secara merentasi Sungai Baleh,banjir besar akan berlaku.Mungkin juga banjir besar di Sarawak berpunca daripada kehadiran Nabau itu.

Nabau juga digambarkan sebagai anaconda berkepala seperti naga dengan tujuh lubang hidung.Nabau dipercayai mempunyai kesaktian tersendiri iaitu menjelma dalam pelbagai bentuk untuk menyembunyikan identitinya yang dikatakan sebesar balak matang serta sepanjang lebih 30 meter.



Lagenda


Pada zaman purba dahulu,terdapat seekor ular besar bermitos digelar Nabau.Pada suatu hari,ular itu menjelma sebagai seorang manusia yang cuba bermesra dengan isteri kepada seorang pahlawan.Pahlawan itu berjaya menangkap ular itu,dan mengeratkan kepada tujuh bahagian dan membuangnya ke dalam sungai.Keratan-keratan ular itu kemudiannya membentuk tujuh ketulan batu-batan iaitu tujuh buah jeram yang ada sekarang.

Jeram Pelagus dikatakan berpuaka dan bermitos di kalangan orang-orang tempatan kerana sekali dalam beberapa tahun,seseorang nyawa akan terkorban di jeram tersebut.Sehingga kini masih ada orang tempatan membuat upacara adat untuk menenteramkan roh-roh jeram itu.

Seni Masyarakat Sarawak-disediakan oleh Eng Shwu Mei

Seni

Dalam masyarakat Sarawak, berbagai-bagai jenis seni yang diwarisi sejak zaman dahulu. Antaranya ialah manik, pua kumbu, seramik dan sebagainya.




Pua Kumbu

Di Sarawak, tenunan kain pua atau dikenali sebagai selimut (kumbu) adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak yang amat terkenal sebagai barang budaya di Sarawak. Pua kumbu ini merupakan terkstil utama dalam kalangan kaum Iban.

Kebanyakkan kain yang digunakan berwarna merah atau coklat tua dan reka corak yang biasa digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50cm.

Pua kumbu digunakan dalam pelbagai upacara seperti kelahiran, perkhawinan, pengebumian, perubatan, upacara bercucuk tanam. Semasa upacara kelahiran, sebaik sahaja bayi dilahirkan dan dibersihkan, bayi tersebut akan dibalingkan di atas pua kumbu. Bayi tersebut diselubungkan dengan pua kumbu dan diiring ke tempat permadian iaitu sungai. Pua kumbu juga digunakan sebagai penghiasan ruang persandingan dan hantaran pengantin dalam upacara perkhawinan. Semasa upacara pengebumian, pua kumbu akan digantung sebagai langsir untuk melindungi si mati. Pua kumbu digunakan sebagai pandong untuk menyimpan dan pemberian dalam upacara penanaman.

Corak yang dihasilkan pada setiap tenunan adalah berdasarkan motif-motif yang berkaitan dengan kepercayaan dan pantang-larang mereka. Motif-motif yang digunakan ialah motif engkeramba. Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman penghuni rumah pangjanng. Motif fauna yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau, dan tikus kasturi, rusa dan serangga. Contohnya, motif buaya dipercayai mempunyai kuada untuk menjaga tempat berhuma iaitu tanaman padi oleh kaum Iban. Manakala motif ular tidak ditenun dengan seweneng-wenangnya kerana binatang ini membawa petanda buruk yang dikaitan dengan kuasa jahat atau hantu. Motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan. Motif fauna merupakan salah satu motif yang sering digunakan, tumbuh-tumbuhan yang ditenun ialah rotan, puncuk paku, puncuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bunga-bungaan. Antara motif yang lain ialah motif bulan, awam larat, alat tenun dan sebagainya.

Pua kumbu hanya boleh digunakan dalam adat istana sahaja pada zaman dahulu. Sekarang telah diubahsuai menjadi hiasan dinding, alas meja, beg dan lain-lain lagi.


Manik

Gubahan manic merupakan satu jenis seni kraftangan yang sangat popular di Sarawak. Seni kraftangan ini telah menjadi satu seni tradisi dalam kalangan masyarakat etnik Sabah dan Sarawak.
Jenis-jenis manik yang diperbuat daripada kulit, kerang, gigi, dan biji buah-buahan yang dilubangkan dan dicucukkan dengan tali adalah manic yang paling awal yang dihasilkan dalam masyarakat Sarawak. Manik-manik seperti rantai leher manic dan karangan manic enam sejajar dibuat sendiri oleh pribumi Sarawak.

Seramik

Barang-barang tembikar dikenali sebagai seramik dalam masyarakat Sarawak. Seramik ini mempunyai keguanaan yang luas dalam kalangan masyarakat Sarawak, Kewujudan seramik di Delta Sungai Sarawak semenjak 1948.Ribuan serpihan saramak ditemui dan digali yang dipercayai berasal dari negara China, Thailand, Vietnam, Jepun dan Eropah.

Seramik-seramik yang berupa tempayan atau bekas yang tidak berukir, botol, dan bekas yang berbentuk bundar. Seramik ini dibuat dengan menggunakan tangan, permukaan kasar, keras dan dibakar dengan api sederhana. Barang-barang seramik tradisional yang dihasilkan termasuk pinggan, mangkuk, tajau iaitu sejenis tempayan besar, takar dan perkakas memasak. Dalam kaum Kelabit, tajau digunakan sebagai bekas penyimpanan mayat ketua mereka dan juga diterim sebagai galang ganti nyawa.

Corak ukiran perhisan pada seramik itu banyak menampilkan unsur-unsur daripada sistem kepercayaan mereka. Apabila ketibaan pedagang Cina, Pembuat seramik tempatan mula dipengaruhi dari segi motif hiasan dan jenis barang oleh seni tembikar Cina. Antaranya pasu Sarawak mendapat sambutan yang lebih baik. Bentuk, warna dan corak hiasannya yang unik membolehkan hasil seni ini menjadilan buah tangan yang isitimewa bagi para pelancong yang melawat ke Bumi Kenyalang.