Thursday, August 26, 2010

CERITA MITOS SARAWAK- disediakan oleh Cheong Joo Ann

CERITA BATU
Cerita ini diceritakan untuk diambil sebagai satu pengajaran kepada masyarakat.Ia mengisahkan kehidupan satu komuniti yang menetap di dalam sebuah kampung.Menurut kepercayaan orang dahulu,apabila ingin mendirikan rumah bagi memastikan tiangnya kukuh,seorang kanak-kanak yatim iaitu kematian bapanya perlu dikorbankan dengan menanam hdup-hidup mereka di dalam lubang tiang rumah itu.Kisah ini bermula apabila penduduk kampung di situ ingin membangunkan sebuah rumah panjang yang baru.Setelah mencapai kata sepakat,mereka bercadang mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki yang kematian ayahnya dan pada masa tersebut sedang merayau sendirian.Ibunya pula sedang bekerja di sawah.Mereka pun mengorbankan kanak-kanak tersebut tanpa pengetahuan ibu kanak-kanak tersebut.
Setelah ibunya pulang,dia sangat sedih apabila mengetahui anaknya telah dikorbankan.Si ibu berjanji ingin menuntut bela terhadap kematian anaknya.Pada malam itu,penduduk kampung mengadakan keramaian sempena pembinaan rumah baru itu.Semasa semua penduduk kampung sedang bersuka-ria,si ibu pun membuat persembahan dengan memainkan muzik dan meletakkan seekor katak yang diberi pakaian seperti lampin.Katak itu melompat mengikut alunan muzik.Penduduk kampung ketawa terbahak-bahak melihat katak tersebut.

Sesudah itu,si ibu pun lari dari kampung tersebut meninggalkan penduduk kampung yang sedang bersuka-ria.Selepas itu,turunlah hujan yang lebat disusuli dengan ribut petir yang dahsyat.Akhirnya,semua penduduk kampung bertukar menjadi batu.


DUYU DAWA BUI (DUYU DAN BUI)
Mengisahkan sepasang suami isteri yang isteri bernama Duyu(panggilan untuk ibu yang telah kehilangan anak sulung) dengan suami Bui(panggilan untuk bapa yang telah kehilangan anak sulung).

Kisahnya sama seperti cerita jenaka 'Pak Pandir'.Bui merupakan seorang lelaki yang menyayangi isterinya.Kehidupan suami isteri itu sangat sederhana.Mereka sama seperti orang kampung lain yang bertani,mencari hasil hutan dan menangkap ikan di sungai.
Watak Bui ini digambarkan sebagai seorang yang kurang bijak atau bodoh,naif,namun seorang yang rajin.Antara kisah kebodohan watak Bui yang paling ketara ialah apabila dia diminta oleh isterinya untuk memandikan anak mereka yang masih kecil.Bui telah memandikan anaknya dengan menggunakan air yang sangat panas.Dia menyangkakan anaknya gembira bermain air walhal anaknya menjerit kesakitan.


LUNG BEN AYA' DALO' PAHARIN (CERITA BENAYA' ADIK BERADIK)
Mengisahkan lima orangadik beradik.Daripada yang sulung hinggalah yang bongsu bernama Ben Ayak,Ben Ujok,Ben Nua,Ben Nura dan Ben Iking (nama diambil sempena nama jari iaitu ibu jari,jari telunjuk,jari hantu,jari manis dan jari kelingking).Mereka merupakan anak yatim piatu.Kisah ini mengambarkan kebijaksanaan dan keberanian adik bongsu berbanding abang-abang sulungnya.Antara kisah kebijaksanaannya ialah,apabila si bongsu,Ben Iking memperdayakan gergasi yang jahat dan memperdayakan abang-abangnya untuk mendapatkan isteri yang cantik.


Mitos Perayaan Gawai

Sejak dari dulu,kaum Iban sangat menghargai padi.Perayaan Gawai dikatakan bermula daripada beberapa cerita yang berkaitan dengan makanan ruji masyarakat.
Mengikut mitos,cerita perayaan bermula dari zaman dahulu. Ketika itu,manusia di bumi dikatakan menghadapi masalah kehabisan sumber makanan.Cerita dimulakan dengan sepasang suami dan isteri dimana si isteri mendapat petunjuk melalui mimpi bahawa dewa Iban bernama Keling meminta bayi mereka dijadikan korban menyelesaikan masalah kekurangan makanan.
Akibat terdesak dengan masalah kekurangan sumber makanan untuk hidup,pasangan suami isteri itu akhirnya terpaksa menurut perintah dewa lalu menabur isi bayi mereka ke tanah.Selepas itu,masalah kekurangan sumber makanan dapat diselesaikan dan bermula kemunculan perayaan Gawai.



NabauMenurut seorang warga emas dari daerah Song,Kapit memberitahu ,mengikut kepercayaan masyarakat Iban,Nabau merupakan anakonda misteri anaconda misteri.Nabau ialah seekor ular dan Nabau turut mengisi cerita banjir besar di Sarawak pada 12 Januari lalu.
Merujuk cerita orang tua-tua,Nabau hadir secara misteri.Apabila Nabau muncul,ia seolah-olah membawa petanda sessuatu kejadian besar akan berlaku.Masyarakat Iban terdahulu percaya Nabau muncul secara merentasi Sungai Baleh,banjir besar akan berlaku.Mungkin juga banjir besar di Sarawak berpunca daripada kehadiran Nabau itu.

Nabau juga digambarkan sebagai anaconda berkepala seperti naga dengan tujuh lubang hidung.Nabau dipercayai mempunyai kesaktian tersendiri iaitu menjelma dalam pelbagai bentuk untuk menyembunyikan identitinya yang dikatakan sebesar balak matang serta sepanjang lebih 30 meter.



Lagenda


Pada zaman purba dahulu,terdapat seekor ular besar bermitos digelar Nabau.Pada suatu hari,ular itu menjelma sebagai seorang manusia yang cuba bermesra dengan isteri kepada seorang pahlawan.Pahlawan itu berjaya menangkap ular itu,dan mengeratkan kepada tujuh bahagian dan membuangnya ke dalam sungai.Keratan-keratan ular itu kemudiannya membentuk tujuh ketulan batu-batan iaitu tujuh buah jeram yang ada sekarang.

Jeram Pelagus dikatakan berpuaka dan bermitos di kalangan orang-orang tempatan kerana sekali dalam beberapa tahun,seseorang nyawa akan terkorban di jeram tersebut.Sehingga kini masih ada orang tempatan membuat upacara adat untuk menenteramkan roh-roh jeram itu.

3 comments:

  1. Semua tidak benar berkenaan dgn perayaan gawai.tidak ada kaitan dengan upacara korban.jgn bagi info yang tidak tepat.saya orang iban.

    ReplyDelete