Friday, August 27, 2010

TARIAN-disediakan oleh Tan Ai Fen

TARIAN NGAJAT
Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan tradisional bagi kaum Iban di Sarawak. Tarian ini amat popular dan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Ngajat Induk, Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Berayah dan Ngajat “Ngemai antu pala”. Apabila menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan sebelum musim menuai, tarian ini dipersembahkan.

Penari lelaki digelar sebagai ‘keling’ dan penari perempuan pula digelar sebagai ‘kumang’. Semasa menari, penari-penari akan memakai pakaian yang dinamakan ‘sirat’, ‘gagong’ ataupun baju burung. Gagong merupakan satu pakaian yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kulit beruang. Pakaian ini tidak dijahit kiri dan kanannya. Satu topi yang panjang yang dihiaskan dengan buru-buru burung juda dipakai.

Penari-penari akan menari tarian ini dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah serta melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang ditarikan adalah bersesuaian dengan upacara. Tarian Ngajat ini juga dapat ditarikan dengan memegang pedang di tangan kanan dan perisai kayu yang berukir di tangan kiri. Mereka akan nenari seperti berdepan dengan musuh dan menghayunkan badan ke kiri dan kanan.
Bagi membunyikan lagu iringan Tarian Ngajat, alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti gong, gendang, bebendai, tawak, sapeh dan engkurumong. Selain itu, untuk ber’Rayah’ sambil membawa tengkorak musuh, gendang Rayah telah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai.

TARIAN KENYALANG
Tarian Kenyalang juga dikenali sebagai Datun Julud merupakan satu tarian tradisional bagi kaun Kenya di Sarawak. Nyik selong, seorang putera Kenya merupakan pencipta Tarian Kenyalang ini. Penciptaan tarian ini adalah untuk menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran.

Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan dari berbulu dan perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai kaum itu.

Tarian Kenyalang boleh ditarikan secara berseorangan ataupun berkumpulan. Kipas tangan anggun yang deperbuat daripada bulu burung kenyalang akan digunakan oleh para penari apabila mempersembahkan tarian ini. Bulu burung kenyalang ini melambangkan sayap burung suci. Ia juda dilekatkan di celah jari penari sebagai perhiasan. Semasa menari, penari-penari akan menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan secara berulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.

Alat muzik utama yang digunakan untuk mengiringi Tarian Kenyalang adalah sapeh, iaitu alat mizik seperti gitar.


TARIAN KONCONG
Tarian koncong merupakan satu tarian yang terdapat di Sarawak. Tarian tradisional ini ditarikan dengan tujuan supaya mengubat seseorang penyakit. Selain itu, tarian ini juga ditarikan bagi menghiburkan si malang.

Tarian koncong akan ditarikan oleh tiga orang penari wanita. Mereka menari dalam bulatan dan akan memegang sapu tangan pada tangan kanan mereka dalam gerakan seolah-oleh menyerupai burung terbang.penari-penari akan menari Tarian Koncong ini dengan diiringi oleh nyanyian satu ataupun dua orang lelaki.

2 comments:

  1. Just ibans only have ngajat in sarawak mh??..bro..selidik betul2 sebelum tulis ssuatu..kalau x tahu tanya...Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete