Pesta Gawai
Gawai Dayak merupakan perayaan Dayak yang merangkumi suku Iban,Bidayuh dan kumpulan Ulu.Kumpulan Orang Ulu meliputi suku Kayan,Kenyah,Kelabit,Lun Bawang,Penan,Punan dan Tatau.Gawai Dayak merupakan perayaan kemenangan dan kesyukuran setelah selesainya musim menuai.Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Batu,
Gawai Burung,Gawai Bersimpan dan Gawai Antu.Gawai Burung merupakan perayaan yang berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik.Gawai Bersimpan adalah perayaan kesyukuran setelah menuai.Gawai Antu pula merupakan perayaan untuk roh orang-orang yang meninggal dunia.Gawai Dayak juga dikenali sebagai Pesta Gawai.Pesta Gawai biasanya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun.Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.
Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar dan desa dengan persembahan tarian,minuman tuak’arak beras’,dan bersuka-ria.Terdapat juga kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras,gula dan santan.Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.
Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai.Tuai Gawai akan memulakan upacara ‘miring’ini diruai rumah panjang.Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Upacara minum air pengayu dilakukan pada jam 12.00 malam dengan harapan supaya panjang umur,sihat dan makmur.Pada pagi 1 hb Jun,jam 7.00 pagi,tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang untuk menghantar piring persembahan ke tiang pengingat.Tiang pengingat ialah sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.
Pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan.Satu puisi khas akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan.Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.
Apabila selesai upacara persembahan,perayaan Gawai secara tradisi dimulakan.Masyarakat berkumpul sekitar’ranyai’atau pokok istiadat yang dibawa masuk ke dalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang.Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak.Ngajat Lesong merupakan salah satu acara yang paling menarik pada perayaan Gawai.Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.
Ketika perayaan Gawai,perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi secara turun-temurun akan dipakai untuk dipamerkan.Anak dara orang Iban akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan kecantikan paras rupa mereka.Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.
No comments:
Post a Comment